- JBS Pahang
- Hits: 3
SUARA KANAK-KANAK DAERAH ROMPIN BERGEMA DI KRM ROMPIN
- JBS Pahang
- Hits: 3
Β
ROMPIN, 1 Disember - Hari Kanak-Kanak Sedunia yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1954 telah menetapkan tarikh 20 November setiap tahun, sebagai tarikh rasmi Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia.π₯³πΆπ§π§
Bagi edisi kali ini, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Rompin dengan kerjasama Pasukan Pelindung Kanak-Kanak Daerah Rompin telah memilih Kompleks Rakan Muda (KRM) Rompin sebagai lokasi Sambutan Hari Kanak-Kanak Daerah Rompin, 29 November yang lalu. πβ
Seawal jam 8.00 pagi, seramai 180 orang kanak-kanak diiringi ibu bapa masing-masing telah hadir memenuhi perkarangan KRM Rompin bagi mengikuti pelbagai program yang telah disusun oleh pihak penganjur seperti Pertandingan Futsal, Pertandingan Mewarna dan Kuiz Kahoot berkaitan Hak Kanak-Kanak. Sokongan padu diberikan oleh KRM Rompin dengan menyediakan fasiliti Gelanggang Futsal, Dewan Kuliah, Dewan Serbaguna, Dewan Makan, Surau Utama dan kawasan parkir bagi melancarkan perjalanan program ini.π―πͺ
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Wan Ahmad Fakharruddin Wan Kamaludin, Penghulu Mukim Rompin diiringi Encik Hairil Saifullah Jamal Abdul Nasir, Pemangku Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin dan Encik Syawal Jamian, Wakil Pengurus KRM Rompin. πβ¨
KRM Rompin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada PKMD Rompin di atas kesudian menggunakan perkhidmatan dan fasiliti yang tersedia di sini. Semoga hubungan dan kerjasama strategik ini, dapat diteruskan di masa hadapan. π€π©·
βJBS PAHANG, Number Oneβ π₯
Disediakan Oleh:-
KRM Rompin
#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
MalaysiaMADANI
fyp
pentasbelia
towardssportingnation
