SUKARELAWAN BERSATU RINGANKAN BEBAN MANGSA BANJIR

SUKARELAWAN BERSATU RINGANKAN BEBAN MANGSA BANJIR

 

KUALA LIPIS, 1 Disember – 30 orang sukarelawan terdiri daripada belia tempatan telah turun padang membantu mangsa banjir dalam program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Pasca Banjir di Kampung Beletik dan Lubok Kulit, Kuala Lipis. 

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Lipis dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Parlimen Cameron Highland, Gerakan Belia 4B Cawangan Lubok Kulit, Gerakan Belia 4B Cawangan Beletik, JPKK Kampung Beletik, JPKK Kampung Lubok Kulit, Majlis Ukhwah Sosial Pahang, Pertubuhan Peladang Kawasan Jelai, Persatuan Rekreasi,Sukan dan Sosial Pahang dan Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang (MTSP) Cameron Highland ini bertujuan membersihkan kawasan terjejas dan yang terkesan akibat banjir. 

Empat lokasi yang telah dibersihkan iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Beletik, Dewan Orang Ramai Kampung Lubok Kulit serta Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Lubok Kulit serta Gelanggang serbaguna Kampung Lubok Kulit.

Turut hadir bersama-sama membantu para sukarelawan Encik Asyhar Amin Ahmad Penghulu Mukim Jelai, Saudara Ikhamalul Hazim Zainuddin Pengerusi Gerakan Belia 4B Parlimen Cameron Highland, Encik Abdul Razak Majid Ketua Kampung Beletik serta Encik Mazlan Jali Ketua Kampung Lubok Kulit. Turut hadir meninjau kawasan serta beramah mesra bersama para sukarelawan ialah Presiden Angkasa Malaysia (ANGKASA) ialah Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

Semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia sangat membanggakan dan perlu diteruskan dalam semua lapisan masyarakat. 

“JBS PAHANG, Number One”

Disediakan Oleh:-
PBSD Lipis

#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
MalaysiaMADANI
fyp
pentasbelia
towardssportingnation

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search