SIRI 10 DI FELDA SELENDANG PENUTUP TIRAI SENAMAN WARGA EMAS AKTIF ROMPIN TAHUN 2025

SIRI 10 DI FELDA SELENDANG PENUTUP TIRAI SENAMAN WARGA EMAS AKTIF ROMPIN TAHUN 2025


ROMPIN, 29 November - Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Rompin Siri 10 hari ini telah selesai dilaksanakan di Gelanggang Futsal FELDA Selendang 1 sebagai penutup tirai untuk tahun 2025. Program ini berlangsung sempena Monsoon Sports Carnival.  
 
Program dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan aktiviti senamrobik yang telah dikelolakan oleh KBSi Azila Mohd Nong, Persatuan Kecergasan Daerah Rompin. Seramai lebih 100 orang peserta pelbagai lapisan umur termasuk 35 orang warga emas telah menyertai aktiviti ini.

Program diteruskan dengan pelbagai aktiviti sampingan iaitu pemeriksaan kesihatan, pertandingan pulut kuning berhias, sukan rakyat termasuk sepak penalti veteran, penalti shoot veteran, pertandingan mewarna, mini golf dan banyak lagi bagi menggalakkan komuniti dan warga emas kekal aktif, sihat dan menjadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai budaya hidup serta memperkukuhkan hubungan silaturrahim bersama komuniti setempat.   

Program ini mendapat kerjasama dan sokongan yang baik daripada JPKK FELDA Selendang, Persatuan Kecergasan Daerah Rompin, GPMS Cawangan Rompin, KRT FELDA Selendang 1 dan MBFM Selendang 1. 

"JBS PAHANG, Number One" 

Disediakan Oleh:-
PBSD Rompin

#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search