- JBS Pahang
- Hits: 3
SENAMAN WARGA EMAS SIRI 2 PERINGKAT DAERAH CAMERON HIGHLANDS 2025
- JBS Pahang
- Hits: 3
CAMERON HIGHLANDS, 27 November - Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 2 telah dilaksanakan di Bilik Fisioterapi, Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata, Cameron Highlands. Seramai 30 orang peserta warga emas terlibat dalam sesi ini yang bertujuan meningkatkan kecergasan fizikal serta kesihatan berterusan dalam kalangan komuniti warga emas. Program dikendalikan oleh Dr. Amalina Annas daripada Bahagian Fisioterapi, dengan fokus utama kepada aktiviti senaman Chair Robik sebagai rutin kecergasan utama.
Selain itu, pelbagai aktiviti sampingan turut dijalankan bagi menggalakkan interaksi sosial dan merangsang minda para peserta. Antara aktiviti yang mendapat sambutan ialah permainan carrom, dart, serta beberapa aktiviti santai lain yang membantu mewujudkan suasana mesra dan ceria sepanjang program berlangsung. Program ini diharapkan dapat terus menjadi platform sokongan kesihatan warga emas di daerah Cameron Highlands.
"JBS PAHANG, Number One"
Disediakan oleh:-
PBSD Cameron Highlands
#TeamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#Teamjbspahang
#MalaysiaMADANI
#fyp
#HSN
#hsn2025Pahang
#pentasbelia
#towardssportingnation
