WARGA PAWE MUADZAM SHAH MERIAHKAN SENAMAN WARGA EMAS AKTIF ROMPIN 2025 SIRI 9

WARGA PAWE MUADZAM SHAH MERIAHKAN SENAMAN WARGA EMAS AKTIF ROMPIN 2025 SIRI 9


ROMPIN, 28 November - Warga Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Muadzam Shah hari ini memeriahkan Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Rompin Siri 9 yang telah dilaksanakan di PAWE Muadzam Shah.  

Program dimulakan dengan aktiviti chairobic dan senamrobik yang telah dikelolakan oleh KBSi Hanim Yusuf. Seramai 43 orang peserta telah menyertai aktiviti ini. Turut hadir bersama Encik Khairunnaim Muslimin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin bagi bersama-sama menyantuni warga emas.

Program diteruskan juga dengan pelbagai aktiviti sampingan iaitu sukaneka bagi menggalakkan warga emas kekal aktif, sihat dan menjadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai budaya hidup serta memperkukuhkan hubungan silaturrahim bersama komuniti setempat.   

Program ini mendapat kerjasama dan sokongan yang baik daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin, PAWE Muadzam Shah dan KOSPEN Pinggir Pelangi. 

"JBS PAHANG, Number One" 

Disediakan Oleh:-
PBSD Rompin

#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search