- JBS Pahang
- Hits: 4
SESI LIBAT URUS PROGRAM ADVOKASI KOD SUKAN SELAMAT SIRI II
- JBS Pahang
- Hits: 4
KUANTAN, 27 November - Sesi Libat Urus Program Advokasi Kod Sukan Selamat Siri II telah berlangsung di Kolej Poly-Tech MARA, Kampus Kuantan hari ini yang melibatkan seramai hampir 200 orang pemegang taruh.
Sesi dimulakan dengan ceramah Kod Sukan Selamat yang mengupas tentang kepentingan menjaga persekitaran sukan untuk lebih dihormati dan dilindungi daripada segala bentuk penderaan, pengabaian dan keganasan.
Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh Encik Shafrul Haji Kadir mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang. Turut hadir Encik Mohd Zaki Ibrahim, Pengarah Kolej Poly-Tech MARA Kuantan dan Encik Azril Adzhar daripada Majlis Sukan Pahang.
Sesi II - Perkongsian Bersama Pegawai Anti Doping telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan pelbagai soalan yang dikemukakan oleh para peserta.
Semoga program ini dapat menambahkan kesedaran mewujudkan persekitaran sukan yang selamat dan dihormati.
“JBS PAHANG, Number One”
Disediakan Oleh:-
Bahagian Pembangunan Sukan
#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation
