- JBS Pahang
- Hits: 2
PBSD ROMPIN DINOBAT BADAN OPERASI ARPRM TERBAIK PAHANG 2025
- JBS Pahang
- Hits: 2
ROMPIN, 26 November - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin (PBSD) telah dinobatkan sebagai Badan Operasi terbaik dalam Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Perak dan Gangsa dan Festival Kebudayaan Rakan Muda Peringkat Negeri Pahang 2025 yang berlangsung pada 24 November yang lepas di Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang.
Badan Operasi PBSD Rompin telah melahirkan 285 penerima tahap gangsa dan 143 tahap perak yang berjaya ditauliahkan pada tahun ini. Peserta tersebut terdiri daripada SMK Muadzam Shah, SMK Agama Pahang, SMK Muadzam Jaya, SMK Chanis, SMK Seri Rompin, SMK Rompin, SMK Rompin Permai, SMK Pontian Jaya, Kolej Komuniti Rompin dan Pusat Internet Pelajar Orang Asli. Syabas dan Tahniah!
Majlis yang penuh gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Khaizulnizam Mohamad Zuldin wakil rasmi Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang dan diiringi oleh Encik Mohd Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Tuan Haji Zamri Md Isa, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Encik Saharuddin Ahmad, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang.
Turut diraikan juga penghargaan khas kepada agensi pelaksana dan barisan pemimpin ARPRM sebagai insan penting dalam membimbing para peserta mencapai kejayaan dalam program ARPRM tahun ini.
Semoga kejayaan hari ini mampu membentuk peserta agar memiliki ciri kepimpinan dan jati diri yang baik seiring dengan aspirasi untuk melahirkan belia MADANI yang berwawasan dalam Pembangunan Negara.
Rakan Muda Yakin Boleh!
"JBS PAHANG, Number One"
Disediakan Oleh:-
PBSD Rompin
#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation
