KEJOHANAN CATUR 1000 LIGA PERINGKAT DAERAH LIPIS

KEJOHANAN CATUR 1000 LIGA PERINGKAT DAERAH LIPIS

KUALA LIPIS, 25 November – Kejohanan Catur 1000 Liga Peringkat Daerah Lipis telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Darul Makmur, Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis serta Pejabat Pendidikan Daerah Lipis dengan penyertaan lebih 278 orang. 2 kategori telah diertandingkan.Seramai 210 orang peserta dibawah 12 tahun manakala 68 orang peserta bagi kategori terbuka.
 
Pertandingan anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Lipis dengan kerjasama Persatuan Teknik Catur Lipis dan Kelab Catur Afzan . Kejohanan itu bertujuan mencungkil bakat baru dikalangan remaja serta anak muda selain sebagai medan bagi meningkatkan kemahiran berfikir secara strategik dalam kalangan pelajar.
 
Majlis Penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh Encik Nik Khairul Mizan Abdul Hamid mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lipis. Turut hadir, Encik Sabri Ramli Pengerusi Persatuan Teknik Catur Lipis, Encik Radzey Zaidi mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Lipis.
 
Semoga dengan adanya kejohanan ini dapat memberi impak positif kepada anak muda bagi pembangunan minda.
Program berakhir pada jam 4.30 petang dengan suasana penuh semangat kesukanan dan persaingan sihat.

Tahniah dan syabas diucapkan.  

"JBS Pahang, Number One"  

Disediakan Oleh:-
PBSD Lipis

#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search