PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS AKTIF PERINGKAT DAERAH JERANTUT 2025 SIRI 3

PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS AKTIF PERINGKAT DAERAH JERANTUT 2025 SIRI 3

JERANTUT, 25 November – Wisma Persatuan Veteran ATM (PVATM) Jerantut menjadi lokasi ketiga dalam pelaksanaan Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Jerantut Tahun 2025. Program ini telah diadakan pada 22 November 2025 bermula pada jam 8.00 pagi.  

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Dieva Aerodance Club dan PVATM Jerantut ini telah mendapat penyertaan seramai 106 orang peserta. Peserta-peserta yang hadir merupakan ahli PVATM Jerantut yang terdiri daripada Pesara ATM dan Srikandi.  

Program yang memberi keutamaan kepada penglibatan warga emas di dalam aktiviti kecergasan ini adalah bagi memberi pendedahan dan melatih warga emas untuk kekal aktif, sihat dan menjadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai budaya hidup tanpa mengira peringkat umur.  

"JBS Pahang, Number One"  

Disediakan Oleh:-
PBSD Jerantut

#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search