WARGA KERJA KRM ROMPIN SERTAI GERAK SEHAT EXPLORACE KARNIVAL KESIHATAN KLINIK KESIHATAN ROMPIN

WARGA KERJA KRM ROMPIN SERTAI GERAK SEHAT EXPLORACE KARNIVAL KESIHATAN KLINIK KESIHATAN ROMPIN

ROMPIN, 25 November - Klinik Kesihatan (KK) Rompin dengan kerjasama Panel Penasihat KK Rompin telah menganjurkan Karnival Kesihatan Klinik Kesihatan Rompin 2025 dengan jayanya bertempat di perkarangan KK Rompin pada 22 November yang lalu.  

Seawal jam 7.30 pagi, karnival ini telah dimulakan dengan Senaman Warga Emas Aktif dan diteruskan dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah disusun oleh pihak penganjur seperti Gerak Kerja Explorace, Eksplorasi Booth Kesihatan, saringan kesihatan percuma, Pertandingan Gigi Cantik, Pertandingan Mewarna, Sukan Rakyat dan teka jumlah bilangan Canister ubat.   

Kompleks Rakan Muda (KRM) Rompin tidak ketinggalan dalam menyokong penganjuran karnival rakan strategik ini telah berjaya menghantar dua orang warga kerjanya iaitu Encik Syawal Jamian dan Encik Syed Zulkifli Syed Mohamad bagi menyertai acara Gerak Sehat Explorace. Sembilan checkpoint bertemakan gaya hidup sihat berjaya diselesaikan dengan catatan masa yang memberansangkan.   

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Ir. Razali Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Pengangkutan Dan Kesihatan Negeri Pahang. Dengan slogan Menyemai Kesedaran Kesihatan, Memperkasa Komuniti Sihat, karnival ini telah berjaya dilaksanakan dalam keadaan baik dan menarik komuniti lebih memahami kefungsian agensi kesihatan negara.  

"JBS PAHANG, Number One"
 
Disediakan Oleh:-
KRM Rompin

#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search