- JBS Pahang
- Hits: 15
MAJLIS PENTAULIAHAN PERAK DAN GANGSA ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA & FIESTA KEBUDAYAAN RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI PAHANG 2025
- JBS Pahang
- Hits: 15
KUANTAN, 24 November - Yayasan Pahang telah menjadi lokasi penganjuran Majlis Pentauliahan Perak dan Gangsa Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda & Fiesta Kebudayaan Rakan Muda Peringkat Negeri Pahang 2025 yang berlangsung hari ini dengan penuh gilang-gemilang.
Majlis Pentauliahan telah dirasmikan oleh YB Tuan Khaizulnizam Mohamad Zuldin wakil rasmi Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang. Hadir bersama mengiringi pentauliahan tersebut adalah Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang, Tuan Haji Zamri Md Isa, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Saudara Saharuddin Ahmad, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang.
Seramai 646 penerima tauliah bagi Emas, Perak dan Gangsa ARPRM bagi tahun 2025 telah diraikan dengan penganugerahan Sijil Tauliah.
Tahniah dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang bagi semua penerima tauliah.
“JBS PAHANG, Number One”
Disediakan Oleh:-
UcOM JBS Pahang
#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation
