ADIK NAUFAL & YAP CEMERLANG DI KEJOHANAN TENIS 1000 LIGA DAERAH KUANTAN

ADIK NAUFAL & YAP CEMERLANG DI KEJOHANAN TENIS 1000 LIGA DAERAH KUANTAN


KUANTAN, 23 November - Kejohanan Tenis 1000 Liga Daerah Kuantan Bawah 12 Tahun berlangsung dengan meriah di Gelanggang Tenis Taman Gelora Kuantan dengan penyertaan 34 peserta daripada 9 buah sekolah. Program ini dianjurkan bersama PBSD Kuantan, SK Wira, dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan (PPD Kuantan).
 
Dalam Kategori Lelaki, Adik Naufal daripada SMK Tok Sera muncul Johan, manakala bagi Kategori Perempuan, kejuaraan menjadi milik Yap dari SKJC Kong Min. Kejohanan ini menjadi platform penting untuk mengenal pasti dan mencungkil bakat-bakat baharu tenis peringkat sekolah rendah di daerah Kuantan.
 
Selain menyertai pertandingan, peserta turut didedahkan dengan disiplin, teknik permainan, dan semangat kesukanan, selari usaha pihak penganjur membangunkan generasi pelapis sukan tanah air.  

Disediakan Oleh:-
PBSD Kuantan

#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search