SESI KE-10 SENAMAN WARGA EMAS TEMERLOH BUKTI USIA BUKAN PENGHALANG KEKAL CERGAS

SESI KE-10 SENAMAN WARGA EMAS TEMERLOH BUKTI USIA BUKAN PENGHALANG KEKAL CERGAS


TEMERLOH, 23 November – Program Senaman Warga Emas Aktif Daerah Temerloh (Sesi 10) berlangsung meriah pada 20 November yang lepas di Dewan Imam Perang Teh, Kampung Sanggang, menampilkan komitmen tinggi para peserta dalam usaha mengekalkan gaya hidup sihat walaupun di usia emas.  

Program ini terus menjadi platform penting dalam menggalakkan warga emas kekal aktif melalui rutin senaman ringan yang mudah diikuti. Seramai 32 peserta hadir daripada PAWE Kampung Sanggang dan warga emas Kampung Desa Murni, Kerdau, menunjukkan sokongan padu komuniti terhadap inisiatif kesihatan berterusan di peringkat daerah. Sepanjang sesi, peserta memberi kerjasama baik dan menunjukkan semangat serta tenaga positif yang menyerikan suasana program.   

Program diakhiri dengan ucapan penutup oleh Encik Azmi Othman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Temerloh yang merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas kejayaan penganjuran sesi kali ini. Turut hadir memberi sokongan ialah Pengerusi PAWE Kg. Sanggang, Puan Hasanah Wok Bakar.  

Penganjuran program sebegini adalah sebagai langkah terbaik memperkukuh hubungan komuniti sambil menjaga kesihatan warga emas.

“JBS PAHANG, Number One” 

Disediakan Oleh:-
PBSD Temerloh

#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search