MAJLIS PENYAMPAIAN PINGAT REVOS ATHLETICS CHAMPIONSHIP SERIES 2025

MAJLIS PENYAMPAIAN PINGAT REVOS ATHLETICS CHAMPIONSHIP SERIES 2025


KUANTAN, 22 November - Encik Mohamad Suhaizan Selamat hadir mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang ke Majlis Penyampaian Pingat Kejohanan Revos Athletics Championship Series 2025 di Stadium Darul Makmur.
 
Majlis telah disempurnakan oleh Puan Suraini binti Abdul Hamid, Penolong Pengarah Kanan, Majlis Sukan Pahang, sebagai tanda penghargaan atas usaha dan kecemerlangan atlet-atlet yang bertanding. Turut hadir menyampaikan pingat ialah, Encik Khairul Anuwar bin Abu Bakar, Pengurus Unit Pembangunan Sosial & Industri, Yayasan Pahang.
 
Kejohanan ini telah berlangsung selama dua hari, iaitu pada 21 hingga 22 November 2025, bertempat di dua lokasi utama iaitu Stadium Darul Makmur dan SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan. Ia menjadi platform penting dalam mencungkil bakat baharu serta menyediakan persiapan awal bagi menghadapi kejohanan lebih besar seperti SUKMA akan datang.
 
“JBS PAHANG, Number One”
 
Disediakan Oleh:-
Bahagian Pembangunan Sukan
 
#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search