- JBS Pahang
- Hits: 7
KRM MARAN JADI TUMPUAN AKTIVITI SUKAN SEMPENA PROGRAM JELAJAH ASPIRASI PAHANG 1st DUN LUIT
- JBS Pahang
- Hits: 7
MARAN, 21 November – Kompleks Rakan Muda (KRM) Maran meriah dengan pelbagai aktiviti sukan antaranya futsal 4 penjuru, bola jaring, pertunjukan silat, sukaneka kanak-kanak tabika dan senamrobik pada 19 November baru-baru ini.
Program sukan ini dianjurkan khas sempena lawatan YB Tuan Fadzli Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang ke KRM Maran.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Maran mendapat kerjasama erat daripada Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Daerah Maran, Majlis Belia Daerah (MBD) Maran dan Pejabat KEMAS Daerah Maran.
Acara yang disusun khas ini bertujuan bagi meraikan semua peringkat umur berpeluang beramah mesra dengan YB Pengerusi. Ketibaan beliau ke Dewan Besar KRM Maran disambut dengan paluan gendang dan diiring masuk ke dewan.
Acara pertama adalah penyampaian hadiah Pertandingan Sukaneka Kanak-kanak Tabika KEMAS Daerah Maran. Seterusnya acara pertunjukan silat dari gabungan kumpulan persilatan di bawah PESAKA Maran mengambil alih gelanggang. Selesai pertunjukan silat, YB Pengerusi menyampaikan hadiah Pertandingan Futsal 4 Penjuru dan Klinik Bola Jaring Maran Young Stars. Sesi di dewan diakhiri dengan senamrobik dan ramah mesra.
PBSD Maran mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam memastikan program yang dirancang berjalan mengikut aturcara yang telah disusun. Terima kasih YB atas kesudian berkunjung ke KRM Maran!
"JBS Pahang, Number One"
Disediakan Oleh :
PBSD Maran
#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation
