CERAMAH DAN PENDAFTARAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) SMK KAMPUNG RAJA

CERAMAH DAN PENDAFTARAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) SMK KAMPUNG RAJA


CAMERON HIGHLANDS, 20 November - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Cameron Highlands telah melaksanakan program Ceramah dan Pendaftaran Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) pada 19 November 2025 bertempat di SMK Kampung Raja dengan penglibatan seramai 80 orang pelajar. Program ini turut dihadiri Encik Ahmad Fadzil Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Cameron Highlands, yang memberikan penerangan serta sokongan terhadap usaha memperkasa penyertaan belia sekolah dalam program ARPRM. Sesi ceramah memberi pendedahan mengenai objektif, kategori anugerah, modul latihan, serta prosedur pendaftaran bagi peserta baharu.
 
Program berjalan dengan lancar melalui sesi interaktif, termasuk taklimat susulan berkaitan proses pengumpulan bukti aktiviti dan jadual pelaksanaan modul. Para pelajar menunjukkan minat yang tinggi dan komitmen untuk terlibat dalam ARPRM, sekali gus menyokong matlamat pembangunan sahsiah dan kepimpinan belia di peringkat sekolah. Program ini diharapkan dapat melahirkan peserta yang lebih berdaya saing serta aktif dalam aktiviti Rakan Muda.
 
“JBS PAHANG, Number One”
 
Disediakan Oleh:-
PBSD CAMERON HIGHLANDS

#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search