PROGRAM RAKAN PRIHATIN, MOBILISASI SATRIA & PASCA BENCANA PERINGKAT DAERAH CAMERON HIGHLANDS 2025 (SIRI 1)

PROGRAM RAKAN PRIHATIN, MOBILISASI SATRIA & PASCA BENCANA PERINGKAT DAERAH CAMERON HIGHLANDS 2025 (SIRI 1)

CAMERON HIGHLANDS, 20 November - Program Rakan Prihatin, Mobilisasi Satria dan Pasca Bencana peringkat Daerah Cameron Highlands telah berjaya dilaksanakan pada 19 November 2025 bertempat di SMK Kg Raja. Seramai 80 peserta mengikuti program yang bertujuan memupuk nilai kesukarelawan, meningkatkan kesedaran kebersihan serta memperkasa kesiapsiagaan komuniti. Program ini dijalankan dengan kerjasama di antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Cameron Highlands, Sekolah Menengah Kebangsaan Kampun Raja serta dengan kerjasama daripada SWCorp dan Alam Flora. 

Aktiviti utama melibatkan plogging di kawasan sekitar serta gotong-royong bagi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, ceria dan selamat. Penganjuran Siri 1 ini membuktikan komitmen tinggi komuniti setempat dalam menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar, selain memperkukuh semangat kesukarelawan dalam kalangan belia dan masyarakat . 

“JBS PAHANG, Number One” 

Disediakan Oleh:-
PBSD CAMERON HIGHLANDS

#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search