BENGKEL SEMAKAN PELAPORAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA

BENGKEL SEMAKAN PELAPORAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA


ROMPIN , 20 November - Kolej Komuniti Rompin telah mengadakan Bengkel Semakan Pelaporan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) The Duke Of Edinburgh International Award bertempat di Makmal Bahasa Kolej Komuniti Rompin bermula pada jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam semalam.

Bengkel ini bertujuan memantapkan kemahiran penulisan laporan peserta-peserta Tahap Perak dan Gangsa bagi Tahun 2025. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Noorul Ain Kamar Zaman, Pemimpin ARPRM Badan Operasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin bersama Encik Mohd Juwahir Pa'iman dan Encik Muhamad Izzat Imran Hasmizi, Pemimpin ARPRM Kolej Komuniti Rompin.
 
Bengkel ini memberikan pandangan dan teknik yang betul untuk mengemaskini dairi laporan yang terperinci dan berkenaan, yang secara signifikan menyumbang kepada perjalanan Anugerah peserta seterusnya layak ditauliahkan Tahap Perak dan Gangsa. Semoga para peserta terus komited dan bersemangat dalam melaksanakan aktiviti ARPRM yang melibatkan empat komponen iaitu Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal, Kemahiran dan Penjelajahan Lasak.
 
Peserta yang telah lengkap melaksanakan 4 Komponen Utama termasuk Penjelajahan Lasak akan layak ditauliahkan dalam Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Perak dan Gangsa Peringkat Negeri Pahang yang dijangka akan berlangsung pada 24 November 2025 bertempat di Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang, Kuantan.
Rakan Muda, Yakin Boleh.
 
“JBS PAHANG, Number One” 

Disediakan Oleh:-
PBSD Rompin
#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search