IYRES ADAKAN SESI LIBAT URUS FGD KAJIAN IMPAK PELAKSANAAN PROGRAM RAKAN MUDA DI PAHANG

IYRES ADAKAN SESI LIBAT URUS FGD KAJIAN IMPAK PELAKSANAAN PROGRAM RAKAN MUDA DI PAHANG

KUANTAN, 20 November - Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia hari ini mengadakan sesi libat urus bagi pelaksanaan Focus Group Discussion (FGD) Kajian Impak Pelaksanaan Program Rakan Muda bersama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri.
 
Kajian ini bertujuan menilai tahap penglibatan serta pencapaian belia dalam pelaksanaan Program Rakan Muda di seluruh negara. Selain itu, kajian turut memberi tumpuan kepada impak program terhadap gaya hidup belia berdasarkan 10 gaya hidup Rakan Muda. Pengumpulan data bagi kajian ini akan berlangsung bermula Oktober 2025 melibatkan semua negeri dan daerah.
 
Sesi hari ini turut dihadiri dua pegawai penyelidik dari IYRES iaitu Puan Nur Aqilah Syazwani Mohd Nor, Eksekutif Penyelidik IYRES dan Puan Norhidayah Omar, Eksekutif Penyelidik (Kanan) IYRES. Turut hadir Puan Basyirah Zulkifli (Pegawai PBSD Kuantan) dan Puan Nik Zuriani Nik Mohamad Mokhtar selaku penyelaras pada hari ini.  

Sesi pengisian melibatkan taklimat keperluan pelaksanaan kajian, kaedah pelantikan Pegawai Perhubungan Kajian Negeri dan Daerah, serta pemilihan informan bagi sesi FGD yang terdiri daripada:
• Belia yang terlibat lebih daripada tiga kali dalam Program Rakan Muda (15–30 tahun)
• Ibu bapa peserta belia
• Pelaksana Program Rakan Muda
• Wakil komuniti setempat

"JBS PAHANG, Number One!  "

Disediakan Oleh:-
PBSD Kuantan

#teamKBS
#Pahang1st
#JBSNKomited
#teamjbspahang
#yakinboleh
#MalaysiaMADANI
#fyp
#pentasbelia
#towardssportingnation

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search