PERSIAPAN AWAL SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI PAHANG 2025


LIPIS, 6 April - Bagi memastikan kelancaran penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Pahang 2025 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Oktober, satu sesi lawatan tapak serta tangkapan imej telah dilaksanakan bertempat di Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis.  

Lawatan diketuai oleh Encik Wan Jaimi Wan Mustaffa Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lipis bersama Pegawai dari Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang iaitu Puan Nor Dalilah Mohamad Tajuddin, Encik Azian Ali serta Encik Fairul Ahmad Naib Pengerusi Majlis Belia Daerah Lipis.  

Pemilihan ini dibuat berdasarkan kepada fasiliti yang lengkap, lokasi yang strategik serta kesesuaian kawasan sekitarnya dalam melaksanakan pelbagai aktiviti sukan dan riadah yang dirancang.

Tinjauan bersama kemudahan dan memberi pandangan bagi memastikan penganjuran kelak berjalan lancar, meriah dan memberi manfaat kepada komuniti setempat.Selain itu turut dilakukan tangkapan imej menggunakan dron bagi mendapatkan gambaran dengan lebih jelas lokasi program.

Program HSN ini dijangka bakal melibatkan pelbagai pengisian sukan untuk semua lapisan masyarakat dan akan terus menjadi platform menyemarakkan semangat kesukanan.  

Disediakan Oleh:-
PBSD Lipis

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search