KUNJUNG HORMAT PBSD RAUB KE SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL FALAH BATU TALAM


RAUB,  Ogos – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Raub telah mengadakan kunjung hormat ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Falah Batu Talam bagi membincangkan pelaksanaan program Pembangunan Rakan Muda yang bakal dianjurkan dalam masa terdekat.

Delegasi PBSD Raub diketuai oleh Encik Rosshazelan Sulaiman, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Raub, bersama Encik Shahril Aziz dan Encik ShamsulBahari Abdul Malek, Pembantu Belia dan Sukan. Kehadiran mereka disambut mesra oleh wakil SMA Al Falah Batu Talam iaitu Cikgu Akmal Hadi Hairul Nuar, Guru Penolong Kanan, Ustazah Nur Atira Adua Adenan, Pengerusi Kelab Rakan Muda Al Falah Batu Talam, serta Ustaz Umar Mohd Rofidzan, Bendahari Kelab.  

Antara agenda utama yang dibincangkan termasuklah Program Rakan Bumi Lestari Hijau Peringkat Daerah Raub yang dijadualkan berlangsung pada 17 Ogos 2025, di samping perbincangan mengenai pelaksanaan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) serta pengukuhan peranan Kelab Rakan Muda di sekolah tersebut.
Encik Rosshazelan Sulaiman menegaskan komitmen PBSD Raub untuk terus memperkukuh kerjasama dengan institusi pendidikan dalam usaha melahirkan belia yang berdaya saing, berpengetahuan serta peka terhadap kelestarian alam sekitar.

Program yang dirancang ini dijangka memberi manfaat besar bukan sahaja kepada pelajar SMA Al Falah Batu Talam, malah kepada komuniti setempat, sekaligus memperkukuhkan usaha pembangunan modal insan di daerah Raub.   

Disediakan Oleh:
PBSD Raub

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search