- JBS Pahang
- Hits: 46
LAWATAN KERJA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PAHANG KE HORIZON BERANANG CIRCUIT
- JBS Pahang
- Hits: 46
BERANANG, 4 Ogos - Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pahang telah membuat lawatan kerja ke Horizon Beranang CIRCUIT, Beranang, Selangor.
Lawatan ini di sertai bersama Encik Mohamad Suhaizan Selamat, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan dan Pegawai Pembangunan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang.
Rombongan telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Horizon Beranang Circuit Encik Mohamad Yusaini Nowawi.
Dalam lawatan ini pihak rombongan telah diberi penerangan berkaitan dengan kemudahan litar lumba, ciri ciri keselamatan litar serta spesifikasi bagi pembinaan llta seumpamanya
Horizon Motorsport ditubuhkan pada tahun 2017 sebagai Horizon 250 Motorsport dan secara rasmi didaftarkan pada 8 April 2018. Pada 16 Jun 2022, syarikat ini dinaik taraf kepada Horizon Motorsports Management Sdn Bhd.
Syarikat ini mengendalikan Horizon Beranang Circuit di Selangor, sebuah litar sepanjang 1 kilometer dengan 13 selekoh, dibangunkan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang. Litar ini dilengkapi dengan kemudahan seperti sistem pemasaan automatik Mylaps, lampu amaran LED PixelCom, liputan CCTV penuh, ruang penonton, paddock, surau, tandas, dan kafe.
Disediakan Oleh:-
Bahagian Pembangunan Sukan