KEMUAFAKATAN BELIA PEKAN- MESYUARAT AGUNG MAJLIS BELIA DAERAH PEKAN KALI KE-31 TAHUN 2024

 

PEKAN, 2 Ogos - Mesyuarat Agung Majlis Belia Daerah (MBD) Pekan Kali Ke-31 Tahun 2024 telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pekan dengan semangat kemuafakatan yang tinggi daripada Badan Gabungan Majlis Belia Daerah Pekan. 

Majlis Perasmian diserikan dengan kehadiran Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang serta Encik Saharudin Ahmad, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang bersama Timbalan Pengarah Belia, Encik Shafrul Haji Kadir dan Encik Mohd Shahrizan Robuan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pekan. 

Mesyuarat Agung kali ini adalah bagi Pengesahan Minit lepas dan membentangkan Laporan Aktiviti, Laporan Kewangan Majlis Belia Daerah Pekan bagi Penggal 2022-2024 dan pemilihan AJK yang baharu bagi penggal 2024-2026. 

Kesepakatan dan muafakat belia Pekan dapat disaksikan melalui pemilihan AJK baharu dimana 4 Pencalonan daripada perwakilan Badan Gabungan yang terdiri daripada Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Pekan,
Gabungan Pelajar Semenanjung Cawangan Pekan, Pertubuhan MAYC Kawasan Pekan dan Kelab Belia Bell Tamil Kawasan Pekan terus memberikan kepercayaan dan sokongan buat Saudara Wan Ahmad Fakri Wan Abdul Hamid untuk kekal menerajui kepimpinan Majlis Belia Daerah Pekan yang dinobatkan sebagai Pengerusi Majlis Belia Daerah Pekan bagi sesi yang baharu.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada tampok kepimpinan Majlis Belia Daerah Pekan baharu yang telah dilantik. Semoga perlantikan AJK baru ini dapat memperkukuh dan memantapkan lagi barisan kepimpinan dalam Majlis Belia Daerah Pekan dalam merajui pembangunan belia Pekan. 

Disediakan Oleh:-
PBSD Pekan 

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search