- JBS Pahang
- Hits: 51
BENGKEL ANUGERAH JED BAHAGIAN PANDU PUTERI REMAJA, PEMANGKIN KEPIMPINAN BELIA
- JBS Pahang
- Hits: 51
ROMPIN, Ogos - Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang Daerah Rompin dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Rompin telah menganjurkan Bengkel Anugerah JED Bahagian Pandu Puteri Remaja bertempat di Kompleks Rakan Muda (KRM) Rompin selama 2 hari 1 malam pada 30 dan 31 Julai yang lalu.
Seramai 100 orang pelajar perempuan dan sebahagiannya menginap di blok asrama perempuan yang terdiri daripada sekolah rendah dan sekolah menengah di daerah Rompin telah mengikiti modul dan pengisian bengkel yang dirangka oleh barisan guru pembimbing. Sesi taklimat dan semakan fail log Anugerah JED Pandu Puteri Remaja Daerah Rompin telah dilaksanakan di Dewan Kuliah 1 KRM Rompin.
Fasiliti tersedia seperti dewan makan,surau,kawasan parkir dan kawasan lapang berumput juga telah digunakan sepanjang bengkel ini berlansung yang disesuaikan dengan pengisian bengkel.
KRM Rompin merakamkan ucapan terima kasih diatas kesudian pihak penganjur menggunakan fasiliti dan kemudahan yang ditawarkan di KRM Rompin bagi bengkel ini. KRM Rompin akan terus menyokong dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan kami.
Disediakan Oleh:-
KRM Rompin