KUNJUNG HORMAT PBSD LIPIS KE PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LIPIS


LIPIS, Julai – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Lipis (PBSD) telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lipis.  

Kunjung hormat tersebut diketuai oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lipis, Encik Wan Jaimi Wan Mustaffa disambut oleh Pegawai Pendidikan Daerah Lipis, Encik Shahnam Abd Rashid.

Dalam pertemuan tersebut, pelbagai cadangan program pembangunan belia telah dikemukakan termasuk program kesukarelawanan, kepimpinan, dan pembangunan sahsiah. Kunjungan tersebut turut membincangkan perancangan-perancangan program-program terkini dan akan datang bagi memantapkan kerjasama strategik diantara (PBSD) dan (PPD).  

Pihak Pejabat Pendidikan Daerah menyambut baik usaha ini dan bersedia memberi sokongan terhadap usaha dalam memperkasakan golongan muda. Semoga hubungan baik yang terjalin antara dua jabatan ini dapat memantapkan lagi usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam mencapai visi dan misi dalam menghasilkan belia yang berkemahiran, berdisiplin, berakhlak mulia dan berwawasan selaras dengan pembangunan negara. 

Kunjungan berakhir dengan sesi bergambar .

Disediakan Oleh:-
PBSD Lipis

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search