KUNJUNG HORMAT PBSD RAUB BERSAMA KEPIMPINAN MBD RAUB KE UiTM CAWANGAN PAHANG KAMPUS RAU


Raub, Julai – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Raub bersama kepimpinan Majlis Belia Daerah (MBD) Raub telah mengadakan kunjung hormat ke UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub bagi membincangkan pelaksanaan program pembangunan belia yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.

Delegasi PBSD Raub diketuai oleh Encik Rosshazelan Sulaiman, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Raub, Encik Shahril Aziz Dan Encik ShamsulBahari Abdul Malek, Pembantu Belia Dan Sukan manakala MBD Raub diwakili oleh Encik Nur Amin Nor Azahar, Pengerusi MBD, Encik Shaiful Zahari, Setiausaha MBD Raub. Rombongan ini telah disambut mesra oleh Encik Mukhriz Mohamed daripada UiTM Kampus Raub.  

Antara agenda utama perbincangan termasuklah perbincangan mengenai mesyuarat agung Kali pertama Sekretariat Rakan Muda (SRM) IPT, program SATRIA, serta beberapa inisiatif dan kolaborasi strategik yang melibatkan mahasiswa, belia dan komuniti setempat. Turut dibincangkan ialah aspek pelaksanaan bersama, peranan setiap pihak serta potensi impak program terhadap pembangunan belia daerah Raub.  

Encik Rosshazelan Sulaiman menegaskan komitmen PBSD Raub serta MBD Raub untuk terus memperkukuh jaringan kerjasama dengan UiTM Raub dalam melahirkan belia yang berdaya saing, berkemahiran serta aktif dalam pelbagai bidang.

Program-program ini dijangka memberikan manfaat besar kepada golongan belia, khususnya mahasiswa UiTM Kampus Raub, serta menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan di daerah Raub.  

Disediakan Oleh:-
PBSD Raub

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search