PROGRAM RAKAN MAHIR: SKILL FOR LIFE PERINGKAT DAERAH RAUB 2025

 

 RAUB  Julai - Program Rakan Mahir: Skill for Life peringkat daerah Raub telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Bilik Kuliah, Kompleks Rakan Muda Raub pada 5 Julai 2025 (Sabtu). Kursus Asas Elektrik telah dipilih sebagai aktiviti utama kali ini. Seramai 30 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam program ini. 

Program diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan oleh Encik Rosshazelan Sulaiman, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Raub. Turut hadir sebagai pemantau program ialah Encik Wan Mahazani Wan Tahir, Pegawai Unit Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang.

Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk meneroka bidang kemahiran hidup yang praktikal, khususnya dalam dunia elektrikal. Melalui bimbingan secara teori dan amali, peserta didedahkan kepada teknik asas elektrik dalam kehidupan sehari-hari. 
Penganjuran program seperti ini bukan sahaja menyemai minat terhadap kemahiran teknikal, tetapi juga memberi inspirasi kepada para pelajar terutamanya lepasan SPM untuk meneroka bidang kerjaya berasaskan kemahiran yang kini semakin mendapat tempat di pasaran kerja.

Disediakan Oleh:-
PBSD Raub

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search