KLAS RENANG TEMERLOH TELAH MENUTUP TIRAI DENGAN JAYANYA 

 

Temerloh, Julai - Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 1 Daerah Temerloh bagi tahun 2025 telah menutup tirainya pada 5 Julai,Semalam yang bertempat di D’Coconut Agro Farm, Kg.Desa Bakti Mentakab. 

Peserta yang dibahagikan kepada dua kumpulan ini secara keseluruhannya, telah berjaya mencapai objektif utamanya iaitu memperkenalkan asas renang kepada peserta dalam suasana yang selamat, menyeronokkan dan berstruktur. Melalui pendekatan mesra kanak-kanak dan bimbingan jurulatih berpengalaman, para peserta menunjukkan peningkatan ketara dalam keyakinan diri, keberanian dalam air, serta penguasaan asas teknik renang. 

Sijll penyertaan peserta telah disampaikan oleh Encik Naseef Saim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Temerloh dan diiringi Encik Muhammad Zuhairi Mat Zaid,Ketua Jurulatih Renang.

Jutaan terima kasih kepada pihak pengajar dari Persatuan Perenang dan Jurulatih Renang Malaysia (MASWIM) kerana telah memberikan komitmen yang baik sepanjang sesi ini dilaksanakan serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak lamgsung dalam menjayakan KLAS Renang Fasa 1 Tahun 2025 Daerah Temerloh. 

Disediakan Oleh:-
PBSD Temerloh 

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search