FASILITATOR MUDA PAHANG SEDIA GALAS TANGGUNGJAWAB DALAM PELAKSANAAN YES 2025

 

RAUB – Selama tiga hari dua malam bermula 14 hingga 16 Julai lalu, Kompleks Rakan Muda Raub menjadi medan utama bagi penganjuran Bengkel Pemurnian Modul dan Training of Trainer (TOT) Youth Empowerment Society (YES) Negeri Pahang 2025. Inisiatif ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Pahang dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang (JBSNP) dalam memperkasa generasi muda dan pembangunan belia negeri ini. 

Program anjuran JBS Negeri Pahang ini dimulakan dengan Bengkel Pemurnian Modul YES yang melibatkan pegawai dan kakitangan Bahagian Pembangunan Belia JBSNP, Majlis Belia Negeri Pahang dan konsultan dari I Lead Strategy. Bengkel ini bertujuan menyelaras dan memantapkan kandungan modul agar lebih relevan serta sesuai dengan aspirasi belia semasa. 👍🏻

Seterusnya, Bengkel Training of Trainer (TOT) melibatkan 17 orang fasilitator muda dari seluruh daerah Pahang telah dilatih secara intensif oleh jurulatih profesional _I Lead Strategy_. Barisan fasilitator telah didedahkan dengan empat (4) modul utama iaitu sesi ice breaking, kepimpinan dan fungsi berpersatuan, komunikasi berkesan, serta asas penulisan rasmi dan resume . Ujian Personaliti turut dijalankan sebagai nilai tambah dalam membina keupayaan kepimpinan diri. 

Program YES ini akan dilaksanakan di peringkat daerah mulai penghujung Julai 2025 dan fasilitator yang telah dilatih akan menjadi tenaga utama dalam menyampaikan modul kepada golongan belia setempat. 

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YB Tuan Fadzli Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang yang menzahirkan harapan agar fasilitator muda ini dapat menjadi pemimpin komuniti dan agen perubahan belia di lapangan. Turut hadir Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dan Encik Saharuddin bin Ahmad, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang. 

Disediakan Oleh:-
Bahagian Pembangunan Belia
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search