CALON SPM SMK ROMPIN PERMAI BERKAMPUNG DI KRM ROMPI

 

ROMPIN, 28 Julai – Program Perkampungan Ilmu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rompin Permai yang berlansung selama 3 hari 2 malam bermula 22 Julai lalu di Kompleks Rakan Muda (KRM) Rompin telah melabuhkan tirai dengan jayanya.

Seramai 52 orang pelajar calon SPM SMK Rompin Permai telah mengikuti pelbagai pengisian yang telah disusun oleh barisan guru penyelaras. Slot taklimat dan kelas bimbingan telah dijalankan di Dewan Kuliah 1 dan 2 yang dilengkapi set kerusi meja banquet beralas, sistem siar raya, LCD Projektor dan berhawa dingin.

Kemudahan penginapan blok asrama lelaki dan blok asrama perempuan yang mampu menampung 100 orang dalam satu masa, surau, dewan makan dan gelanggang sukan juga merupakan salah satu daya tarik kepada penganjur bagi melaksanakan program ini. Semua tersedia di satu lokasi.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Abu Alass Abdul Jabar, Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SMK Rompin Permai. Turut hadir ialah Puan Rosliza Manap, Penolong Pengurus KRM Rompin.

KRM Rompin akan terus memberi sokongan padu dan kerjasama kepada rakan strategik demi memberikan mutu perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search