PROGRAM RAKAN MAHIR PERINGKAT DAERAH LIPIS 2025


LIPIS – Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada belia dan beliawanis sekitar daerah Lipis telah menyertai Program Rakan Mahir, Skill For Life Peringkat Daerah Lipis 2025 (Kursus Asas GUnting Rambut Lelaki dan Wanita) yang diadakan di The Official Barber Salon, Benta, Kuala Lipis pada 30 Jun yang lalu.

Program selama satu hari itu bertujuan Memberi peluang kepada Belia dan Komuniti setempat mengikuti latihan kemahiran asas secara percuma yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian selain bertujuan untuk mengembangkan bakat sedia ada belia dan komuniti setempat agar boleh mencari peluang pekerjaan yang lebih baik seiring dengan kehendak pasaran pada masa kini seterusnya mampu meningkatkan taraf ekononi keluarga dan komuniti belia setempat agar dapat membangunkan persekitaran keluarga dan taraf kehidupan yang lebih selesa dan sejahtera. 

Program yang dikendalikan oleh Encik Abdul Mubin Hassan Basri bersama Puan Nur Nabilah Zamri mendapat sambutan yang menggalakkan dari para peserta apabila masing-masing menunjukkan minat yang mendalam dalam mempelajari teknik asas gunting rambut.

Program diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan dan penghargaan yang disampaikan oleh Encik Wan Jaimi Wan Mustaffa Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lipis. Tahniah dan syabas kepada para peserta kerana berusaha untuk menambah ilmu dan kemahiran masing-masing. 


Disediakan Oleh:-
PBSD Lipis

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search