- JBS Pahang
- Hits: 20
JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PAHANG PERKASA BELIA ALOR AKAR DENGAN FASILITI SUKAN BAHAR
- JBS Pahang
- Hits: 20
KUANTAN, – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang (JBSNP) telah menyempurnakan sesi penyerahan siap kerja bagi projek baik pulih dan naik taraf Gelanggang Futsal Alor Akar, sekali gus memperkukuh usaha memperkasa kemudahan sukan komuniti.
Majlis disempurnakan oleh Pengarah JBSNP, Encik Nor Azli Mohamad Daud, yang turut menyerahkan peralatan sukan kepada Pengerusi Belia Alor Akar iaitu wakil komuniti setempat sebagai simbolik sokongan berterusan jabatan terhadap pembangunan belia.
Turut hadir ialah Pengerusi KRT Alor Akar, wakil kontraktor serta Pegawai Pembangunan. Projek ini dijangka memberi manfaat besar kepada golongan belia dalam menggalakkan gaya hidup sihat dan memupuk semangat kesukanan dalam komuniti.
Disediakan Oleh:-
Bahagian Pembangunan