KELAB RAKAN MUDA SATELIT JAYA TERIMA SIJIL PENDAFTARAN PERTUBUHAN BELIA BAHARU DAERAH ROMPIN 


Rompin - Kelab Rakan Muda Satelit Jaya (KRMSJ) telah menghadiri Program Bicara Transisi Belia Peringkat Zon Timur 2025 yang telah diadakan pada 21 Jun lalu bertempat di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pahang.

Program ini adalah bertujuan untuk pihak Pertubuhan Pendaftaran Belia (ROY) mendekati Pertubuhan Belia dan memberi khidmat nasihat tentang maklumat serta pengurusan pertubuhan belia. Cik Yumnee Athirah Faizi, Pengerusi Kelab Rakan Muda Satelit Jaya telah hadir bagi menjayakan program ini dan menerima Sijil Pendaftaran KRMSJ yang telah disampaikan oleh YB Dato’ Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari, Ahli Dewan Negeri Pahang.

KRMSJ merupakan pertubuhan belia tunggal dibawah Rakan Muda yang telah berjaya lulus didaftarkan pada 9 Mac 2025.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada KRMSJ, semoga terus mengorak langkah untuk menggerakkan aktiviti Pembangunan Belia Daerah Rompin khususnya Program Rakan Muda.

KRMSJ turut dibantu oleh Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dari Badan Operasi Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah. Rakan Muda, Yakin Boleh. 

Disediakan Oleh:-
PBSD Rompin 

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search