
- JBS Pahang
- Hits: 65
PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN MAJLIS BELIA NEGERI PAHANG 2025
- JBS Pahang
- Hits: 65
KUANTAN, 31 Mei – Majlis Belia Negeri Pahang telah mengadakan Perhimpunan Agung Tahunannya bagi tahun 2025 dengan penuh semangat dan komitmen ke arah memperkasa suara serta peranan belia di negeri ini.
Mesyuarat ini telah berlangsung dengan jayanya dan dirasmikan oleh YB Tuan Fadzli Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang.
Turut hadir Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, serta wakil-wakil daripada pelbagai pertubuhan belia dari seluruh negeri.
Majlis ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan perpaduan serta solidariti dalam kalangan belia pelbagai latar belakang di Negeri Pahang.
Disediakan Oleh:-
Bahagian Pembangunan Belia
#TeamKBS
#Pahang1st
#JBSNBersama
#TeamJBSPahang
#RakanMuda
#YakinBoleh