MAT KELAB SENAMROBIK ASPIRASI (KSeA) KALI PERTAMA TAHUN 2025

MAT KELAB SENAMROBIK ASPIRASI (KSeA) KALI PERTAMA TAHUN 2025


RAUB, 31 Mei – Kelab Senamrobik Aspirasi (KSeA) telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Pertama Tahun 2025 pada 30 Mei 2025 bertempat di Bangunan Majlis Belia Daerah Raub . AGM bermula pada jam 5.30 petang dan tamat sekitar jam 7.00 petang.  

Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Presiden Kelab, Puan Kartini Abdul Rahim. Menerusi AGM kali ini, perlantikan AJK tertinggi telah dilakukan. Antara yang dibincangkan adalah berkenaan kerjasama strategik dan perancangan aktiviti bagi tahun semasa.

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Raub diwakili oleh Encik Rosshazelan Sulaiman, Penolong Pegawai Belia dan Sukan bagi menyampaikan sokongan dan tanda kebersamaan dalam menggerakkan aktiviti kecergasan bersama masyarakat khususnya senamrobik.

Disediakan Oleh:-
PBSD Raub
#TeamBeliaJBSNPahang
#TeamKBS
#Pahang1st
#JBSNBersama
#TeamJBSPahang
#RakanMuda
#YakinBoleh

Image
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354 | Fax : 09-5162272

http://www.jbsn.gov.my/jbs-pahang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search