- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 16
DAY 2 : PROGRAM MOTOCROSS TRACKDAY MADANI 2026 NEGERI SEMBILAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 16
PANTAI; 01 November 2026 : Pelaksanaan program Motocross Trackday Madani peringkat Negeri Sembilan telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Mohd Asna bin Amin, ADUN Lenggeng di Kampung Pantai, Seremban bermula pada 1 Oktober 2026. YB turut beramah mesra bersama warga peserta program dan telah menyampaikan sumbangan kepada kelab untuk pembangunan sukan bermotor enduro bagi merancakkan lagi acara ini sebagai acara tahunan di Pantai.
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Kelab Sukan Bermotor Budak Kobun Enduro Pantai ini meneruskan hari kedua dengan mini race yang lebih mencabar iaitu kategori terbuka, CKD dan veteran. Seramai 70 peserta dari seluruh negara telah hadir bagi memeriahkan acara motocross yang julung kalinya dilaksnakan di kawasan Lenggeng. En Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah JBS Negeri Sembilan telah hadir bagi majlis perasmian penutup dan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Tahniah dan Syabas kepada semua peserta yang menyertai Motocross Trackday MADANI 2026. Jumpa lagi pada masa akan datang. Sekalung penghargaan juga kepada En Azhrizal bin Santib, Cik Akmal binti Anuar, Pengawai Cawangan Sukan Rekreasi JBSN9 dan En Razlan bin Abd Hamid, Presiden Kelab Sukan Bermotor Budak Kobun Enduro Pantai bersama barisan jawatankuasa kelab yang dapat melaksanakan program dengan jayanya.
#motocrostrackday
#MalaysiaMadani
#TeamKBS
#TeamJBSN
#teamjbsn9
#sukanrekreasi
