- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 15
DAY 1 : PROGRAM MOTOCROSS TRACKDAY MADANI 2026 NEGERI SEMBILAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 15
PANTAI; 31 Oktober 2026 : Pelaksanaan program Motocross Trackday Madani peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung di Kampung Pantai, Seremban bermula pada 31 Oktober dan 1 Oktober 2026. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Kelab Sukan Bermotor Budak Kobun Enduro Pantai yang diketuai oleh En Razlan bin Abd Hamid.
Objektif pelaksanaan program adalah untuk perkenalkan kepada masyarakat akar umbi berkaitan sukan motor motocross. Selain itu, program juga kenalpasti dan cungkil bakat baharu pelapis muda pelumba motocross yang dikategorikan sebagai Sukan Untuk Semua. Hari pertama program, semua peserta telah diberikan sesi teori dan perkongsian pengalaman yang menarik oleh Saudari Gabit, pempengaruh sukan motocross. Seramai 70 peserta telah melaksanakan sesi praktikal sehingga selesai dan bersedia untuk meneruskan hari kedua dengan mini perlumbaan. Pihak jawatankuasa berharap semoga keadaan cuaca akan berkeadaan baik bagi meneruskan program pada hari seterusnya.
#motocrostrackday
#MalaysiaMadani
#TeamKBS
#TeamJBSN
#teamjbsn9
#sukanrekreasi
