- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 5
PROGRAM RAKAN MUDA PORT HEALING@RAKAN PRIHATIN DAERAH PORT DICKSON 2026
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 5
PORT DICKSON, 29 Oktober - Telah berlangsung program Port Healing@Rakan Prihatin bertempat di Kolej UNITI dengan kerjasama Sekretariat Rakan Muda Kolej UNITI dan Kelab Rakan Muda Port Dickson pada 28 Oktober 2026. Program melibatkan 3 Segmen iaitu Ceramah Kesedaran Anti Buli daripada Inspektor Nursyahirah binti Safri dari Ibupejabat Polis Daerah Port Dickson, Ceramah Kesihatan Mental bersama Dr. Nur'ain Nabila dari Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson dan Ceramah kepentingan Hidup Beragama oleh Ustaz Zainal Samdin dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Cawangan Port Dickson.
Kesihatan mental dan Buli merupakan dua aspek yang saling berkait dalam pembangunan kesejahteraan golongan muda. Persekitaran sosial yang tidak selamat, pengalaman buli, tekanan rakan sebaya, konflik keluarga, tekanan akademik serta penggunaan media sosial secara berlebihan boleh memberi kesan terhadap kesejahteraan emosi dan psikologi seseorang.
Program turut melibatkan aktiviti sampingan iaitu Pertandingan E-Sport, Pertandingan Orienteering, Pertandingan Dam Aji, Mari Mencuba Pickleball, Cabaran Rekreasi Paintball dan juga aktiviti senaman Aerobik. Program ini juga melibat penglibatan seramai 14 orang petugas dari Klinik Kesihatan berhampiran bagi aktiviti Pemeriksaan Kesihatan. Seramai hampir 600 orang peserta telah terlibat dalam menjayakan program tersebut.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Turmizi Bin Mohd Khalil, Pengarah Hal Ehwal Pelajar Kolej UNITI dan Puan Zuraidah Bt Mat Ratin mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson.
Tahniah dan terima kasih kepada semua rakan pelaksana, agensi, sukarelawan serta pengunjung yang telah menjayakan program ini!
RAKAN MUDA YAKIN BOLEH
