KURSUS ASAS KAYAK STAR 1 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2026

10 Julai 2026 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Kanu Malaysia(MASCA) sedang melaksanakan Kursus Asas Kayak Star 1 bertempat di Port Dickson Santuary (PDS) Apartments and Training Camp, Tanjung Agas, Negeri Sembilan..Kursus akan berlangsung selama 3 hari bermula 10 hingga 12 Julai 2026 yang melibatkan seramai 30 peserta dari agensi, persatuan, penggiat dan penggemar sukan kayak. Encik Azharizal bin Santib Penolong Pengarah JBS Negeri Sembilan telah hadir memberikan taklimat dan penerangan ringkas dan beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada komitmen peserta untuk menyertai kursus tersebut. Piihak Jabatan berharap pelaksanaan kursus akan berlangsung dengan lancar dan mengikut garis panduan yang ditetapkan..Semoga berjaya kepada semua para peserta dan bakal bergelar jurulatih sukan kayak pada satu hari nanti.
#TeamJBSN #TeamKBS #JBSNKomited #TeamJBSN9 #MenggerakBeliaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 18-10-2026, 01:37:06

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search