PELAKSANAAN PROJEK RINTIS RAKAN PRIHATIN LAWAN BULI 2026

5 Julai 2026; Port Dickson - Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan telah berjaya mengumpulkan 70 orang penyertaan yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kementerian Belia dan Sukan di JBSN, JBS Negeri-Negeri dan ILKBS, Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Melalui Projek Rintis Rakan Prihatin Lawan Buli 2026 ini, JBSN komited bagi melahirkan barisan pembimbing yang bersedia mendengar, menyokong dan menjadi ejen perubahan dalam membina komuniti yang lebih selamat, prihatin dan bebeas dari budaya buli. Sepanjang tempoh 3 hari berkursus, peserta telah mengikuti 9 sesi pengisian yang padat berkaitan peranan pembimbing, Psychological First Adi (PFA), misi komuniti, dan juga kemahiran intervensi masing-masing kepada komuniti.
Majlis Penutupan Program telah disempurnakan oleh Ybrs. Encik Shamsuhaime bin Basir, Tiimbalan Ketua Pengarah (TKP) Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN. Turut hadir Encik Sabran bin Abdul Bahar, Pengarah JBS WP Kuala Lumpur dan Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah JBS Negeri Sembilan bersama-sama dalam Majlis Penutupan Projek Rintis Rakan Prihatin Lawan Buli 2026 bertempat di Pusat Latihan DRB Hicom, Port Dickson
#Rakanmuda #rakanprihatin #binaempatiperkasakomuniti
#yakinboleh #jbsn9 #kbs #teamkbs #beliatolakbuli #tolakbuli #antibuli
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 18-10-2026, 01:37:06

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search