MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL OUTREC 1 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

04 Julai 2026 - Setelah 4 hari berkampung di Kem PUSAKO Hassan Basir, Kuala Pilah, Kursus OUTREC Tahap 1 Peringkat Negeri Sembilan telah melabuhkan tirainya. Ybrs. Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah menyempurnakan majlis penutup dan menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta. Hadir sama Encik Azharizal bin Santib Penolong Pengarah (Sukan) dan En Ahmad Buhari bin Nordin selaku Setiausaha Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM) dan juga Encik Muhammad Razif bin Tambi Chik @Bob selaku Ketua Jurulatih kursus.
Dalam ucapan beliau, penganjuran kursus rekreasi luar (OUTREC) tahap 1 ini akan/telah diadakan di seluruh negara pada tahun 2026 melalui JBS Negeri masing-masing dengan penyertaan terhad kepada 20 orang sahaja. Penganjuran kursus ini adalah kerjasama dengan Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM) yang telah melahirkan jutulatih dan tenaga pengajar bidang rekreasi luar. Maka, adalah digalakkan semua penggiat rekreasi untuk terus bergerak aktif dan sentiasa berusaha dalam meningkatkan tahap kemahiran rekreasi masing-masing. Adalah diharapkan agar semua peserta dapat menggunakan dan mempraktikkan segala ilmu, kemahiran dan pengalaman ini untuk manfaat berterusan kepada diri dan komuniti. Ia juga akan menjadi pemangkin dalam melahirkan generasi belia yang mempunyai daya tahan, berkeyakinan dan bersedia dengan segala cabaran.
Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua peserta yang telah menamatkan Kursus Asas Kejurulatihan Rekreasi Luar (OUTREC) Tahap 1 Peringkat Negeri Sembilan 2026. Semoga berjumpa kembali.
#TeamJBSN #TeamKBS #JBSNKomited #teamjbsn9 #MenggerakBeliaMadani #PJRM
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 18-10-2026, 01:37:06

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search