TAMPIN MTB JAMBOREE 2026 VOL 9 : GEMAS EDITION

GEMAS, 3 Mei 2026 – Penganjuran Tampin MTB Jamboree 2026 Vol. 9 : Gemas Edition melabuhkan tirainya hari ini dengan pencapaian luar biasa apabila berjaya menarik lebih 1,000 penyertaan dari dalam dan luar negara. Kejayaan program ini turut diperkukuhkan dengan suntikan dana Geran Padanan Sukan (GPS) berjumlah RM45,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Majlis penyerahan cek cura Geran Padanan Sukan (GPS) daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diserahkan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, En. Ahmad Syariffuddin bin Sarmin kepada Bendahari Kelab Berbasikal Moncheh Rider, En. Mohd Fadhilasyraf bin Azmy. Selain menerima penyerahan geran tersebut, Pengarah JBS Negeri Sembilan turut hadir bagi majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang serta majlis perasmian penutup. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB. Puan Nicole Tan Lee Koon, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan. Turut hadir bersama ialah Puan Isnizawati binti Muhammad Khairuddin, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Puan Suriani Binti Salihan, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin, Puan Hazwani Binti Ahmad, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah Kecil Gemas serta ketua jabatan dan wakil. Bantuan GPS ini membuktikan komitmen KBS dalam menyokong penganjuran sukan komuniti dan berprestasi tinggi di peringkat negeri. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #teamjbsn9 #PBSDTampin Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search