TAMPIN PUSHBIKE CHALLENGE 2026

GEMAS, 2 Mei 2026 (Sabtu) – Semangat kesukanan dalam kalangan kanak-kanak melonjak tinggi hari ini menerusi penganjuran Tampin Pushbike Challenge 2026 – Gemas Edition yang berlangsung meriah di Galeri Stesen Keretapi Gemas. Program anjuran Kelab Berbasikal Lambek dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Majlis Daerah Tampin ini merupakan sebahagian daripada pengisian utama acara tahunan Tampin MTB Jamboree 2026 yang kini memasuki edisi ke-9. Apa yang lebih membanggakan, penganjuran kali ini berjaya direalisasikan hasil sokongan Dana Sukan Komuniti (DSK) daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Aktiviti yang bermula seawal jam 9.00 pagi di kawasan Galeri ini bermatlamat untuk mencungkil bakat baru dan memupuk minat sukan berbasikal sejak seawal usia 2 hingga 9 tahun. Kehadiran ratusan peserta cilik bersama keluarga bukan sahaja memeriahkan suasana, malah menyumbang kepada promosi pelancongan sukan tempatan bersempena dengan kempen Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026. Penganjur berharap program seperti ini dapat diteruskan bagi melahirkan lebih ramai bakat baru dalam sukan berbasikal negara. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn. Suriani binti Salihan, Yang DiPertua Majlis Daerah Tampin. Turut hadir ialah En. Jasnie bin Abd Rahman, Wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan En. Saiful Adly bin Hj. Abd Wahab, Presiden Persatuan Berbasikal Daerah Tampin. Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #teamjbsn9 #PBSDTampin Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search