PERTANDINGAN BIGGEST LOSER KBS 2026 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

PAROI, 2 Mei 2026 - Program Pertandingan Biggest Loser KBS 2026 Peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya di Pentas Terbuka KOMBES Negeri Sembilan. Program anjuran Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Kelab Senamrobik Sihat Anggun, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, Herbalife, F&N dan Yakult ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai. Seramai 225 orang peserta telah mendaftarkan diri bagi menyertai program ini dengan objektif utama untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta meningkatkan tahap kecergasan dalam kalangan masyarakat disamping menurunkan berat badan yang ideal. Turut hadir dalam program ini dan juga menjadi peserta program iaitu En Ahmad Syariffuddin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan En Azmee Amar Azwan Mostapa Pegawai Pembangunan Rakan Muda JBSNS. Program ini akan dilaksanakan selama 4 bulan bermula 2 Mei 2026 sehingga 26 September 2026 dengan pengisian program sebanyak 16 sesi iaitu 7 sesi melalui online dan 9 sesi adalah aktiviti fizikal. Hadiah yang ditawarkan sangat menarik di mana terbuka kepada kategori lelaki dan perempuan dengan nilai kemenangan RM1500, RM800 dan RM500. Diharapkan program ini dapat memberi impak positif dalam membudayakan amalan hidup sihat serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kesihatan secara berterusan. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search