KEJOHANAN LUMBA BASIKAL JALANRAYA TAMPIN 2026 BERAKHIR DENGAN JAYANYA

TAMPIN, 12 April 2026 (Ahad) – Tirai Kejohanan Lumba Basikal Jalanraya Tampin 2026 (Tampin Road Race) melabuhkan tirainya secara rasmi hari ini dalam suasana penuh kemeriahan di perkarangan Masjid Nurul Huda, Felda Jelai 3 yang dipilih sebagai lokasi pelepasan dan penamat kejohanan.
Kejohanan edisi kedua yang berlangsung selama dua hari bermula 11 April ini telah berjaya menghimpunkan ratusan pelumba dari seluruh pelosok negara. Acara ini bukan sahaja menjadi medan persaingan sengit bagi kategori lebuh raya (road race), malah turut menampilkan pakar-pakar Individual Time Trial (ITT) negara yang mempamerkan aksi bertenaga di litar pusingan (loop) sejauh 15km sekitar gemas.
Jawatankuasa pengelola mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, Majlis Daerah Tampin, Hospital Daerah Tampin, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tampin, Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, JKR Daerah Tampin, Pejabat Felda Jelai 3, Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan, Masjid Nurul Huda Felda Jelai 3 dan Pihak Pengurusan Gugusan Felda Jelai dalam membantu kelancaran dan keselamatan sepanjang kejohanan ini.
Penganjur berharap agar kejohanan ini dapat terus dijadikan platform utama bagi mencungkil bakat baharu serta mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat. Majlis penyampaian hadiah bagi pelbagai kategori yang dipertandingkan menandakan tamatnya saingan sengit yang penuh dengan semangat kesukanan.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#teamjbsn9
#PBSDTampin
Taufiq Johari
Mordi Bimol
@Rahimi Ismail
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search