PERSAINGAN SENGIT WARNAI ACARA UJIAN MASA DI KEJOHANAN LUMBA BASIKAL JALANRAYA TAMPIN 2026 (TAMPIN ROAD RACE)

TAMPIN, 11 April 2026 (Sabtu) – Kejohanan Lumba Basikal Jalanraya Tampin 2026 (Tampin Road Race) edisi kedua membuka tirainya hari ini dengan tumpuan utama terarah kepada acara Ujian Masa Individu (ITT) dan Ujian Masa Berpasukan (TTT) yang julung kali diperkenalkan pada tahun ini. Kejohanan edisi kedua ini akan berlangsung selama dua hari bermula dari 11 hingga 12 April 2026.
Penganjuran kejohanan ini merupakan hasil Kerjasama strategik Persatuan Berbasikal Daerah Tampin (TCA) bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin, Majlis Daerah Tampin dan Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan. Kejohanan kali ini turut mendapat sokongan padu melalui bantuan Geran Padanan Sukan (GPS) daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sekali gus memartabatkan lagi sukan berbasikal di peringkat akar umbi.
Perlumbaan yang berlangsung di FELDA Gugusan Jelai, Gemas ini menyaksikan penyertaan daripada pelumba-pelumba pelbagai kelab berbasikal seluruh negara serta atlet negeri yang dalam persiapan rapi menjelang temasya SUKMA dan kejohanan kebangsaan. Penganjuran ini juga merupakan sebahagian daripada pengisian Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026, sekali gus mempromosikan pelancongan sukan di daerah ini.
Majlis Pelepasan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh En. Azharizal bin Santib Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan Turut hadir En. Jasnie bin Abd Rahman, wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin, En. Saiful Adly bin Hj Abd Wahab, Presiden Persatuan Berbasikal Daerah Tampin dan Tuan Hj. Mokti bin Turau, Imam 2 Masjid Nurul Huda, Felda Jelai 3.
Kejohanan akan diteruskan esok dengan acara perlumbaan lebuhraya (Road Race) yang dijangka menarik lebih ramai penyertaan
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#teamjbsn9
#PBSDTampin
Taufiq Johari
Mordi Bimol
@Rahimi Ismail
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search