MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026

PAROI , 10 Mac 2026 - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program yang bakal diadakan pada 16 Mac 2026 bertempat di Perkampungan Al-HIjrah, Seremban.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Azharizal bin Santib Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, turut hadir wakil agensi yang bekerjasama iaitu Pengurus Perkampungan Al-Hijrah, wakil YADIM dan Pegawai Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan serta Pembantu Belia dan Sukan Bahagian Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Daerah seluruh Negeri Sembilan.
Mesyuarat ini bertujuan menyelaras peranan serta gerak kerja setiap pihak yang terlibat bagi memastikan program dapat dilaksanakan dengan teratur dan memberi impak positif kepada golongan belia serta komuniti setempat.
Semoga program ini dapat direalisasikan dengan jayanya dan memberi impak positif ke arah pembangunan belia yang cemerlang.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #jbsn9

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search