- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 15
RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH TAMPIN TAHUN 2026
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 15
Tampin 6 Mac 2026 (Jumaat) - Tafsir Al-Quran dan bidang hafazan semakin mendapat tempat di hati para belia dan anak muda sekaligus melambangkan kesihatan rohani dan mental semakin meningkat baik dengan pelbagai kemudahan bahan rujukan melalui atas talian ataupun di lapangan.
Melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin, program tadarus Al-Quran diadakan sempena meraikan bulan mulia Islam,bulan Ramadan. Inisiatif ini juga diadakan bagi mengenal pasti para hafiz dan hafizah yang berkebolehan supaya bakat ini dapat digilap dan dibawa ke peringkat yang lebih tinggi. Progam Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Tampin ini juga memberi ruang dan peluang untuk sama-sama meraikan bulan penuh keberkatan ini.
Bertempat di Surau Al- Mukminin SMK Tunku Syed Idrus Tampin, program tadarus ini dipantau oleh beberapa orang ustaz yang membimbing bacaan dan tajwid para peserta. Para peserta juga diberikan kelas tambahan di luar waktu sekolah sekiranya ada yang ingin membetulkan bacaan Al-Quran. Program ini berlangsung pada 2 & 3 Mac 2026 dan majlis penghargaan dihadiri oleh Puan Azizah binti Tamby Ahmad GPK Hal Ehwal Murid selaku wakil sekolah, Ustaz Mohd Zamsul bin Abd Latif Ketua Bidang Bahasa dan Encik Mohd Rasdi bin Ahmaddani Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin.
Manakala pada 4 -6 Mac 2026, program tadarus ini diteruskan dengan para peserta dari Kolej Komuniti Tampin yang mendapat sokongan penuh dari pihak pengurusan tertinggi kolej. Program ini disertai seramai 53 orang peserta yang menunjukkan komitmen penuh sepanjang program berlangsung. Majlis penghargaan dihadiri oleh Tuan Pengarah Encik Azwan bin Abdullah, Puan Siti Hajar binti Sulaiman Timbalan Pengarah Akademik dan Encik Mohd Rasdi bin Ahmaddani Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin.
Rakan Muda Rakan Ekspresi.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#rakanmuda
#teampbsdtampin
