SESI PERBINCANGAN KALENDER BERBASIKAL JBSN9 DAN TAMPIN CYCLING ASSOCIATION (TCA)

PAROI, 3 Mac 2026 – Satu sesi perbincangan berkaitan penyelarasan Kalendar Aktiviti Berbasikal Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSN9) bersama Tampin Cycling Association (TCA) telah diadakan pada jam 10.00 pagi.
Sesi perbincangan ini bertujuan merancang dan menyelaras program serta aktiviti berbasikal bagi tahun 2026 agar dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan memberi manfaat kepada komuniti belia serta peminat sukan berbasikal di negeri ini.
Perbincangan tersebut telah disertai oleh:
En. Azharizal bin Santib, Penolong Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan
Encik Habli Hijazi Fauzan bin Ahamad Faudzi, Penolong Pegawai, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan
En. Saiful Adly bin Abd Wahab, Presiden Persatuan Berbasikal Daerah Tampin
Mohd Fadhilasyraf bin Azmy, Bendahari Persatuan Berbasikal Daerah Tampin
Diharapkan melalui perbincangan ini, pelbagai program berbasikal dapat dianjurkan secara lebih efektif sekaligus menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuh pembangunan sukan berbasikal di Negeri Sembilan.
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search