SESI KUNJUNGAN HORMAT INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA (IKTBN) CHEMBONG KE JBS NEGERI SEMBILAN

PAROI, 3 Mac 2024- Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah menerima kunjungan mesra dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong yang diketuai oleh Ybrs.Tn Hj Khairul Anuar bin Hj Deni bersama 3 pegawai lain bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.
Kunjungan ini bertujuan menjalinkan kerjasama erat antara kedua-dua pihak dalam pembangunan belia dan sukan terutamanya belia mahir yang sedang mengikuti latihan kemahiran di ILKBS. Dalam pada itu, IKTBNCB akan menganjurkan kejohanan sukan ILKBS tahun 2026 pada bulan Mei yang memerlukan sokongan dan khidmat nasihat JBSN9 dengan penggunaan Kompleks Sukan Rembau sebagai salah satu venue pertandingan.
Semoga penganjuran kejohanan sukan tersebut akan berjalan lancar dan mencapai objektif pelaksanaan. Kunjungan telah diraikan Tuan Ahmad Syariffudin bin Sarmin, Pengarah JBSN9, En Azharizal bin Santib PPS, En Azmee Amar Azwan PRM, KPT dan PPB yang menyantuni kunjungan dan berharap ia akan mempereratkan lagi hubungan kerjasama kedua-dua pihak.
#Kunjunganstrategik
Taufiq Johari
KBSMalaysia
Mordi Bimol
Rakan Muda
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search